Popular Bookstore

August 12, 2015

I dah kerja.

Nametag gueee

I work as cashier at popular bookstore ioi mall puchong hewhew. Start 3 jun 2015 hari rabu haha. My basic salary is 1xxx and including the allowances etc etc so up to 1xxx which is loads I think. My working routine starting from 930am to 10pm, that’s for full time shift. For morning shift, 930am to 645 pm. For afternoon shift, from 130pm to 10pm. Dalam seminggu tu akan ada tiga kali full shift, sekali morning shift, sekali afternoon shift, dua hari off rest. Tapi kalau ada ot, so akan alter sikit lah jadual tu. Pagi aku pergi naik bas rapidkl bayar singgit balik malam pun singgit tapi kalau pakai touch n go jimat sikit sebab dapat diskaun 20% so 8 posen je haa.

Best do kerja ni so far. Sebab kan, aku rasa macam aku dah tak duduk dalam surrounding yang aku dah biasa. Maksudnya macam, before ni kan aku duduk asrama, jarang keluar rumah, so persekitaran aku macam orang yang belajar sahaja. Haa cemtu. Tapi bila dah kerja ni kan, mata aku jadi luas. Aku jumpa macam macam jenis orang. Walaupun tak la macam macam jenis sangat pun but yeah still, bukan orang yang daripada persekitaran yang aku dah biasa.

Btw why do I work at popular is bcs khasrina upload gambar kat instagram and aku rasa macam ada kawan so aku apply situ la hahaha. Who is khasrina tho? Haaa khasrina ni kawan setadika aku la which tak jumpa since 6 tahun and baru jumpa balik lepas aku dah kerja ni and can you imagine for how long weve not seen each other but still nampak kamceng nampak macam gang time kat popular tu. The bond babe, the bond. Kahkah

And aku ada kawan baik kat sana nama dia syuhada azri. Kan aku pernah cakap kan I do hv lots of friends tapi kawan baik macam kureng sikit. Tapi bagi aku, syuhada ni kawan yang baik ahaa. Sebab entah, dua minggu kenal and aku rasa macam aku selesa dengan dia. Bila dia cerita pasal life dia aku rasa macam woarghh, for serious la hidup kau cemtu? Tapi tak la aku cakap kat dia, it was just macam, aku terkejut and terkesima bila kawan aku, orang yang aku kenal ada kisah macam tu. Which is why I feel that bila bekerja ni adalah satu peluang untuk bukak mata aku.

Nak cakap best tu, tak la best sangat kerja tu. Tapi working is fun when your colleagues are fun haha. Penat wei kerja takyah cakap, dah la kena bangun pagi pastu bila malam pulak dah penat kerja pergi kejar bas tunggu bas tak sampai sampai pastu sampai rumah pulak nak dekat pukul 12 tup tap tup tap tidur pukul 2 bangun esok pagi pagi kerja lagi and so on.

Nak cakap pasal customer? Tak pernah kena marah ke dengan customer? Mana ada tak pernah kena marah. Siap pernah kena complaint lagi haha. Customer ni semua dia ingat dia betul. Apa je staf buat walaupun sebenarnya tak salah pun nampak salah jugak, and kalau betul betul kita tak salah pun kitaa jugak yang kena mintak maaf kat dia bla bla. Customer ni banyak songeh, aku ni dah la cashier, macam macam customer nak tanya adoii pening kepala aku haha.

So routine as a cashier is, pagi pagi masuk kerja punch card, ada briefing jap setengah jam, ada department update pasal product diorang. Nanti dah habis briefing, nanti cashier ambik float. Float tu maksudnya, dalam tu ada duit tukar yang kena letak dalam drawer cash machine tu. Kiranya nanti dalam drawer tu ada la duit untuk kau bagi balance kat customer. Means macam, contoh la ada customer beli buku total dia 39.70, pastu bagi 50 ringgit, so kalau ko tak masukkan float, cana nak bagi balance dia kan? Haa so tu la function float tu. Dalam satu beg float tu ada rm500. Ada 5 sen ada 10 sen ada 2 posen ada 5 posen ada singgit ada 5 ringgit and 10 ringgit. Ko kena kira la semua tu bagi cukup 500 ringgit. Kalau tak cukup, kena bagitahu supervisor.

Sementara aku kira kira float aku tu, nanti ada sorang supervisor yang akan masukkan float entry 500 dalam ibm tu. Ibm tu yang computer yang cashier dok scan scan barang tu hah haaa. Pastu I have to sign dua kertas tu untuk bagitahu yang ada 500 ringgit dalam drawer tu haa. Pastu after habis settle float semua, then start la tunggu cutomer datang. Bcs I work at a bookstore, so ada la macam macam jenis voucher. Baucar buku 1 malaysia la, popular gift voucher la, value off coupon la, etc etc. and I have to know la which button yang aku kena tekan bila cust bayar pakai voucher.

So bila dah peak hour, memang long queue la cerita dia. Ramai nau nau cust datang berderet deret. And I have to stay cool. Bcs when I don’t, when I started to panic, some bad thing will happen hahaha. Nanti ada double scan la, visa tertekan master la master tertekan visa la epos tertekan master visa la etc etc. Habis kena banyak refund hmm hmm. (Refund tu pebenda pulak ahhh malas aku nak cerita refund tu apa and cana). And biasanya kalau dah banyak sale, duit 50 dengan 100 akan berkepuk kepuk kan. So nanti akan ada satu function ni, yang indicate yang duit 50 dengan 100 tu perlu diangkat, nama process ni cl, cash lift. Kalau duit kecik kecik tak cukup, aku tukar la. Kalau cukup, takyah la tukar. Haa seronok bila ada supervisor ambik cl, sebab kita nampak amount tu berapa,. Bila banyak, rasa seronok, sebab kita ni cashier yang boleh diharap ahaa. Sampai kadang kadang up to 3000 total duit 50 dengan 100 (tu tak termasuk total yang pakai kad kredit, this is for cash only). Haa so gitu la, kalau hari tu sale banyak, so banyak kali la jugak cl akan diambik.

Bila malam pulak, lepas tutup kedai, first thing yang cashier kena buat is kira float. Sebab esok next cashier pulak nak pakai float. (note: float tu diletakkan dalam satu beg yang ada cip kat zip dia, and cashier tak boleh ambik float yang dia pakai semalam). So maksudnya aku kena la kira duit 500 ringgit, starting dengan duit paling kecik sampai duit paling besar. Kena habiskan syiling dulu, tak boleh start dengan duit besar. Dah habis kira float, double check (tapi selalu aku kira sampai 5 kali untuk confirmkan amount hahaha), and nanti akan ada supervisor kira balance duit yang lebih lebih tu, buat total report detail report and settlement of credit debit card, kira voucher semua, totalkan, and key in dalam system. And nanti akan keluar result lah whether aku short ke over. Nama report ni x report. Short tu maksudnya amount tu kurang compared to sale dalam system, kalau over tu maksudnya amount tu lebih daripada dalam system. Kalau short, aku kena bayar amount short tu, kalau over, kau check lah balik float kau takut float tak cukup 500. And kalau ada yang tak ok, supervisor kena kira balik and key in balik and print x report yang baru tu, sampai la ok. Kalau ok, supervisor akan print z report, yang maksudnya itu dah confirm.

Pastu balik laa and aku pun start la terkejar kerja bas hahaha. And esok pun start la hari yang macam tu jugak.











K ^^

You Might Also Like

1 comments

  1. hai, actually sy baru g apply job as cashier. still lagi ke dekat situ?? okay tak?? like seriously 2 day cuti??

    ReplyDelete

About Me

My photo
A heart of steel starts to grow.

Total Pageviews