Silat

November 20, 2014

Hello assalamualaikum.

Aku nak cerita pasal silat ni. Tak la cerita sangat, cuma nak bagitahu sikit je la haa. Kau tahu tak silat tu apa oi? Sebab kadang kadang, ada orang tanya aku, "silat tu apa wei?" or paling tak pun, "silat? what is that?" well sebab aku dok nottingham kan so ada ramai international students haa so dpa macam tak tahu sangat silat tu apa benda.

Haa so silat ni martial art la haa. Martial art ada banyak, ada taekwondo, judo, kung fu, and so on... Kalau aku nak listkan semua memang tak la aku malas sikit nak search search ni haa kalau kau nak tahu apa benda lagi martial arts lain sila google hewhew.

Haa aku masuk silat ni since aku kat asrama dulu, time aku form 4. Time aku lower form, aku pbsm. Wehh jangan gelak la wei aku pbsm haaaa.

Haa ok back to the topic, aku silat time form 4. Lepas tu aku pergi pencak silat MRSM Se-Malaysia kat MRSM Pengkalan Hulu. Aku masuk jurus. "Jurus tu pebenda pulak rini oiiiiii?" Haa jurus ni macam ada empat orang, buat movement yang sama, serentak. Haaa. Haa tapi aku pergi pencak tu time form 4 je, form 5 aku tak pergi sebab aku macam sibuk sangat waktu form 5 tu, banyak sangat wakil maktab, lagipun takut la nak wakil maktab banyak banyak sebab aku nak spm dah time tu haaa *sob sob*

Haaa so aku masuk silat time form 4 tu sebab aku macam minat la haa. Aku ni agak ganas tau hahaha. Haa bukan la ganas, cuma aku ni tak ayu. Aku ni suka sukan sukan ni, tapi tak ada satu pun yang aku pro huhuhu. Haa aku masuk silat ni macam nak defend diri jugak la. Sekarang ni zaman macam dah bahaya wei, takut kau kena culik ke (nauzubillah min dzaliq). Bukan la bersangka buruk, cuma berwaspada. So kalau aku ada basic pun macam ok la kan haa boleh apply in our daily life herher.

Haa and kat nottingham ni aku masuk club silat. Guess what? First meeting aku datang, ada ramai mat saleh daripada orang melayu. Andddd, dpa ni lagi konsisten kedatangannya daripada orang melayu sendiri. Semangat betul dpa belajar silat ni weh. Hari tu kitorang ada mandi tapak and mandi seni tau, dpa ni pakai baju melayuu. Comel je aku tengok mat saleh ni pakai baju melayu haha.

Diorang selfieeeeeeeeeee
Aku tak tahu nama yang lain, aku cuma tahu nama yang duduk tengah tengah tu je, nama dia Greg




Haaa so tu la team silat aku hekhek. In nottingham, everything have to be in english. Even pakcik guard makcik cleaner pun speaking weii. Aku yang tergagap gagap. Sobs sobs.

Wei haha aku lapar la. Bye nak gi masak. Assalamualaikum ^^


You Might Also Like

0 comments

About Me

My photo
A heart of steel starts to grow.

Total Pageviews